Selasa, 14 Julai 2015

Ramadhan Jangan Pergi

Tetamu itu sedang mengemas begnya, kerana 2 hari lagi dia akan bertolak pergi.
Kita cuma mampu memerhati tanpa mampu menahannya pergi.
Sayanglah macam mana pun, dia cuma tumpang 30 hari. Bencilah macam mana pun, dia tetap tumpang 30 hari.
Kini dia sedang bersiap-siap untuk pergi.
Ya, tahun depan ia datang lagi. Tapi adakah kita pasti saat dia datang tahun hadapan kita mampu melayannya di dalam rumah? Atau kita sekadar menangis dibalik tanah?
# RamadhanJanganPergi

-Raya x lama lgi -

"Bila dalam bulan ramadhan kita sibuk nak beraya .
Tetapi ,
Bila dah raya kita akan rasa nak balik bersama bulan ramadhan kerana indahnya berada dibulan ramadhan .
Hakikatnya , ramadhan itu sudah pergi .
Tahun depan belum tentu berjumpa lagi atau mungkin kita sudah bertemu dengan Ilahi ."

Selasa, 23 Jun 2015

Andai Itu TakdirNya

Aku rindu diriku yang dulu.
Diri yang org selalu katakan kolot.
Tak pandai wechat whatsapp insta.
Telefon bimbit tak dihiraukan.
Bergaul dgn ajnabi ?
Juga tidak.
Melainkan kalau aku terpaksa.
Kawan ? Ramai je.
Besties ? Ade je.
 
Namun, segalanya telah berubah.
Ya.
Sekarang, aku dah jauh berubah.
Aku terdedah akan penyakit hati.
Aku terdedah akan penyakit cinta.
Aku terdedah akan penyakit sosial.
Aku terdedah akan penyakit duniawi.
 
Sedikit demi sedikit.
Perlahan dan perlahan.
Aku merasa perubahanku.
Aku mulai lalai dan alpa.
Aku mula ternoda pada lumpur duniawi.
Hati mulai dicemari.
Cinta penuh dusta.
 
Aku rindu pada diriku yang dulu.
Diriku yang terjaga rapi dari noda duniawi.
Aku ingin kembali.
Tapi sygnya aku tak mungkin mampu.
Kerana aku tak mampu memutarkannya semua.
Sungguh, aku rindu pada diriku yang dulu.
 
Mungkin ada hikmahNya buat ku begini.
Aku terima dgn redha andai ini jalan-Nya.
Andai itu TakdirNya..

Jumaat, 19 Jun 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Hari yang dinanti telah tiba lagi..Bulan yang penuh dengan keberkatan.. Marilah kita bersama-sama melakukan amal kebaikan dan beribadah.Bersyukurlah kerana tahun ini kita sempat menyambut bulan yang mulia ini...

Sempena bulan yang mulia ini.. saya ingin mengucapkan

"Selamat menyambut bulan ramadhan ..maaf jika ada salah dan silap.. tersilap kata.. terumpat dan sebagainya "

Khamis, 18 Jun 2015

AKU ,CINTA DAN SAHABAT

AKU, CINTA DAN SAHABAT!
Sahabat until jannah!
Pagi ini terasa pijar yang membahang sang bumi nan menghijau…aku seolah-olah tersedar dari lamunan mimpi yang tidak pernah aku mimpikan selama ini. Pertama kali mimpi itu diiringi dengan air mata. Ya Allah, panjangkan umur kedua ibu bapa aku agar mereka bisa melihat anaknya ini berjaya suatu hari kelak. Mereka yang memberi daku semangat saat aku jatuh dan rebah. Mereka jua yang memberi aku segala-galanya sehingga aku berpijak pada bumi yang nyata sehingga sekarang. Tanpa mereka siapalah aku hingga kini. Syukur dipanjatkan kerana masih lagi dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
            Ya Allah, aku hanya seorang hamba yang menumpang di bumi rahmat Mu ini. Aku sedar akan tanggungjawabku sebagai hamba Mu untuk bersyukur kepada Mu. Di kenalkan aku pada dunia fana ini adalah untuk meneruskan dakwah Mu pada mad’u agar agama Mu ini di sanjung tinggi pada mata hamba Mu di dunia ini. Kekasih Mu ya Rasulullah s.a.w. sangat menjadi kebanggaan ummatnya pada hari ini.

CINTA?
            Seandainya cinta kita mendahului segala cinta terhadap Allah dan Kekasih Nya. Tiada lagi rasa cinta yang hakiki. Rasa cinta duniawi dan hakiki sangatlah berbeza pada fikrahnya. Seandainya manusia ini mengejar cinta pada manusia tanpa redha dari-Nya kelak manusia itu yang rugi. Malah masa yang dihamparkan untuk mencintai Sang Maha Agung kita terlalu singkat bahkan masih lagi rapuh. Tetapi kita masih lagi mengharapkan pada cinta yang belum selayaknya kita miliki. Ya Allah, seandainya hari ini aku kehilangan sahabat yang Engkau utuskan kepadaku. Redhakanlah hati hati ini agar aku bisa bermuhasabah dan menjadi hamba Mu yang bersyukur.
SAHABAT?

 Aku percaya kerana seorang sahabat yang aku kenali juga itu adalah kerana Allah s.w.t. yang pertemukan kami di dunia ini. Jika singkatnya tempoh perkenalan kami pada hari ini maka panjangkan rasa kasih di antara kami kerana Mu jua ya Allah. Kerana Engkau yang mengetahui segala baik perancangan hamba Mu ini ya Allah. Di uji perasaan ini bagai membelah rasa keimanan di hati..moga hati yang selalu rapuh ini akan lebih tabah dalam mengenali cinta Agung ..
 InsyaAllah!

Khamis, 4 Jun 2015

(Gegaran)GEMPA BUMI SEDERHANA DI SABAH

Gegaran yg terasa di area Beaufort pda pukul 7:15pagi tadi amat mengejutkan kami skluarga ..Gegaran sederhana tu adlah prtma kli dlm hdup sya..Mnurt media.. ggaran ni dpt d rsai d sluruh Sabah..

Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack

Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan
Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud

BERITA GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU SABAH 5 JUN 2015

Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat
Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur dinding batu rumah mereka

LAPORAN RASMI DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 6.5.2015

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter
Gempa itu dikesan telah berlaku di 15,6.1N 116.6E dengan kedalaman 54km, kira-kira 16km di barat laut Ranau, Sabah yang dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah

Ahad, 31 Mei 2015

MAHAR TANPA CINTA

Assalamualaikum.. 

Cereka Ahad ini 31 Mei 2015, Mahar Tanpa Cinta lakonan Aiman Hakim Ridza, Azhar (Azhael), Syatilla Melvin, Lufya, Jasmin Hamid, Arash Mohd, Dian P.Ramlee.

-Sinopsis-
Kisah Najwa yang lumpuh akibat kemalangan lalu lintas apabila Doktor Najmi gagal mengelakkan kereta yang dipandu. Doktor Najmi bernazar andai dia sedar daripada koma, akan dijadikannya sebagai isteri. Lantas takdir pun berbicara, wanita itu tersedar akhirnya. Atas dasar amanah dan tanggungjawab, Dr Najmi menikahi Najwa lantas menghancurkan hati kekasihnya Dr Syuhadah. Namun sesuatu yang terjadi kepada Najwa?

Khamis, 28 Mei 2015

SPM Oyeahh~

SPM tahun ni???

Mcm bru kelmrin jak brada di form1 n now dh form 5 n tggl bbrp buln jak lagi kn SPM..cepatnya masa berlalu.. 

Pejam celik..pejam celik n now dah nak habis sekolah..its ok.. ada DOA,USAHA,IKHTIAR dan TAWAKAL.. insyaAllah aq boleh berjaya.. berkat doa ibu bapa dan orang sekeliling.. ☺

Doakan saya ya..

"Usaha Tangga Kejayaan"