Aku rindu diriku yang dulu.
Diri yang org selalu katakan kolot.
Tak pandai wechat whatsapp insta.
Telefon bimbit tak dihiraukan.
Bergaul dgn ajnabi ?
Juga tidak.
Melainkan kalau aku terpaksa.
Kawan ? Ramai je.
Besties ? Ade je.
Namun, segalanya telah berubah.
Ya.
Sekarang, aku dah jauh berubah.
Aku terdedah akan penyakit hati.
Aku terdedah akan penyakit cinta.
Aku terdedah akan penyakit sosial.
Aku terdedah akan penyakit duniawi.
Sedikit demi sedikit.
Perlahan dan perlahan.
Aku merasa perubahanku.
Aku mulai lalai dan alpa.
Aku mula ternoda pada lumpur duniawi.
Hati mulai dicemari.
Cinta penuh dusta.
Aku rindu pada diriku yang dulu.
Diriku yang terjaga rapi dari noda duniawi.
Aku ingin kembali.
Tapi sygnya aku tak mungkin mampu.
Kerana aku tak mampu memutarkannya semua.
Sungguh, aku rindu pada diriku yang dulu.
Mungkin ada hikmahNya buat ku begini.
Aku terima dgn redha andai ini jalan-Nya.
Andai itu TakdirNya..
Selasa, 23 Jun 2015
Andai Itu TakdirNya
Jumaat, 19 Jun 2015
Marhaban Ya Ramadhan
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
Hari yang dinanti telah tiba lagi..Bulan yang penuh dengan keberkatan.. Marilah kita bersama-sama melakukan amal kebaikan dan beribadah.Bersyukurlah kerana tahun ini kita sempat menyambut bulan yang mulia ini...
Sempena bulan yang mulia ini.. saya ingin mengucapkan
"Selamat menyambut bulan ramadhan ..maaf jika ada salah dan silap.. tersilap kata.. terumpat dan sebagainya "
Khamis, 18 Jun 2015
AKU ,CINTA DAN SAHABAT
Khamis, 4 Jun 2015
(Gegaran)GEMPA BUMI SEDERHANA DI SABAH
Gegaran yg terasa di area Beaufort pda pukul 7:15pagi tadi amat mengejutkan kami skluarga ..Gegaran sederhana tu adlah prtma kli dlm hdup sya..Mnurt media.. ggaran ni dpt d rsai d sluruh Sabah..
Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack
Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan
Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud
BERITA GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU SABAH 5 JUN 2015
Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat
Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur dinding batu rumah mereka
LAPORAN RASMI DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 6.5.2015
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter
Gempa itu dikesan telah berlaku di 15,6.1N 116.6E dengan kedalaman 54km, kira-kira 16km di barat laut Ranau, Sabah yang dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah