Khamis, 4 Jun 2015

(Gegaran)GEMPA BUMI SEDERHANA DI SABAH

Gegaran yg terasa di area Beaufort pda pukul 7:15pagi tadi amat mengejutkan kami skluarga ..Gegaran sederhana tu adlah prtma kli dlm hdup sya..Mnurt media.. ggaran ni dpt d rsai d sluruh Sabah..

Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack

Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan
Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud

BERITA GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU SABAH 5 JUN 2015

Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran
Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat
Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur dinding batu rumah mereka

LAPORAN RASMI DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 6.5.2015

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter
Gempa itu dikesan telah berlaku di 15,6.1N 116.6E dengan kedalaman 54km, kira-kira 16km di barat laut Ranau, Sabah yang dirasai di Ranau, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, K.Kinabalu, K.Belud, Sabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan