Khamis, 18 Jun 2015

AKU ,CINTA DAN SAHABAT

AKU, CINTA DAN SAHABAT!
Sahabat until jannah!
Pagi ini terasa pijar yang membahang sang bumi nan menghijau…aku seolah-olah tersedar dari lamunan mimpi yang tidak pernah aku mimpikan selama ini. Pertama kali mimpi itu diiringi dengan air mata. Ya Allah, panjangkan umur kedua ibu bapa aku agar mereka bisa melihat anaknya ini berjaya suatu hari kelak. Mereka yang memberi daku semangat saat aku jatuh dan rebah. Mereka jua yang memberi aku segala-galanya sehingga aku berpijak pada bumi yang nyata sehingga sekarang. Tanpa mereka siapalah aku hingga kini. Syukur dipanjatkan kerana masih lagi dikurniakan ibu bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
            Ya Allah, aku hanya seorang hamba yang menumpang di bumi rahmat Mu ini. Aku sedar akan tanggungjawabku sebagai hamba Mu untuk bersyukur kepada Mu. Di kenalkan aku pada dunia fana ini adalah untuk meneruskan dakwah Mu pada mad’u agar agama Mu ini di sanjung tinggi pada mata hamba Mu di dunia ini. Kekasih Mu ya Rasulullah s.a.w. sangat menjadi kebanggaan ummatnya pada hari ini.

CINTA?
            Seandainya cinta kita mendahului segala cinta terhadap Allah dan Kekasih Nya. Tiada lagi rasa cinta yang hakiki. Rasa cinta duniawi dan hakiki sangatlah berbeza pada fikrahnya. Seandainya manusia ini mengejar cinta pada manusia tanpa redha dari-Nya kelak manusia itu yang rugi. Malah masa yang dihamparkan untuk mencintai Sang Maha Agung kita terlalu singkat bahkan masih lagi rapuh. Tetapi kita masih lagi mengharapkan pada cinta yang belum selayaknya kita miliki. Ya Allah, seandainya hari ini aku kehilangan sahabat yang Engkau utuskan kepadaku. Redhakanlah hati hati ini agar aku bisa bermuhasabah dan menjadi hamba Mu yang bersyukur.
SAHABAT?

 Aku percaya kerana seorang sahabat yang aku kenali juga itu adalah kerana Allah s.w.t. yang pertemukan kami di dunia ini. Jika singkatnya tempoh perkenalan kami pada hari ini maka panjangkan rasa kasih di antara kami kerana Mu jua ya Allah. Kerana Engkau yang mengetahui segala baik perancangan hamba Mu ini ya Allah. Di uji perasaan ini bagai membelah rasa keimanan di hati..moga hati yang selalu rapuh ini akan lebih tabah dalam mengenali cinta Agung ..
 InsyaAllah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan